TERBANG BERSAMA MDB (SIRI 50)
Umrah Bersama Emak & Abah
Memang setiap tahun saya dijemput ke Mekah di bulan Ramadhan bagi membentang kertas Syariah dalam seminar tahunan Dallah al-Barakah sejak awal 2000an.
"Tahun ni Daud nak bawa emak dan abah pergi Mekah sekali" saya mempelawa emak & abah di Alor Star. Muka mereka berseri2 seperti bulan mengembang penuh.
Kami duduk di sebuah bilik yang sama di Hotel Sofitel berhampiran kawasan al-Safa. Saya sengaja tidak ambil dua bilik. Waktu malam, mereka tidur atas katil & saya tidur atas tilam atas lantai macam kami tinggal di rumah kami yang daif di Simpang Kuala suatu masa dahulu. Seronok dapat rapat & bersosialiasi dengan mereka. Makan2. Rehat2. Sembang2 sebelum masing2 terlelap mata.
Masalahnya setiap malam masing2 duk pulun pelawa saya untuk tidur atas katil. Inilah ketinggian budi pekerti mereka. Saya tidak tahu macam mana nak tafsir ini.
Saya bawa mereka bagi umrah beberapa kali, ziarah & solat di Masjid al-Haram. Kami juga ke Madinah beberapa hari. Pertama kali saya naik teksi dari Mekah ke Madinah bagi mudahkan emak & abah. Kami datang ke Mekah tanpa ada syarikat travel Jadi semua kena buat sendiri.
Semua berjalan baik. Selepas 2 hari, muka mereka masam. Mereka tak nak beritahu sebabnya. Saya lihat mereka tidak berapa selera makan nasi arab. Selepas 2 hari hilang selera. Saya terus call beberapa rakan yang menguruskan jemaah Umrah. Saya dapat hubungi rakan dari Indonesia. Beliau uruskan jemaah Indonesia di sebuah apartment beberapa meter dari Sofitel. Saya dapat pakej makanan tenghari & malam untuk emak & abah. Muka bereka berseri2 semula walaupun hanya makan nasi putih, sup, ikan goreng & sambal. Kadang2 ibu bapa kita tak memerlukan apa yang mewah tapi apa yang dekat di hati.
Tak pelik bila ayat tentang ibadah haji dalam al-Quran cakap tentang logistik seperti pengangkutan, keselamatan, makanan & sosialisasi budaya. Saya merasainya sendiri bersama emak & abah. Hebat al-Quran.
Ini antara penerbangan indah bagi saya....terbang bersama dua hero saya di dua kota suci. Semoga Allah merahmati ruh emak & abah.
(Saya dah sampai siri 50. Perlu saya teruskan atau berhenti sekarang?)
#terbangbersamamdb
MDB